Pergi ke kandungan

Chef Oney

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dr. Chef Oney[sunting | sunting sumber]


Dr. Chef Muhammad Onnyizwan Bin Mohammed Pulkem atau dikenali sebagai Chef Oney dilahirkan pada 12 Oktober 1989 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Anak jati Muar ini telah berkecimpung dalam bidang Kulinari sejak 2009 lagi selepas menamatkan pengajian Diploma Seni Kulinari di Unitar, Kelana Jaya.

Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 5, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr. Ismail, dan Sekolah Agama Bakri Batu 6, Muar. Beliau mendapat galakkan daripada ahli keluarga dan telah menunjukkan minat terhadap bidang ini sejak di bangku sekolah lagi. Ibunya merupakan seorang pengusaha makanan membuatkan bidang masakan ini amat sebati dengan jiwanya.

Setelah menamatkan latihan industri di Grand Dorsett, Subang Jaya. Chef Oney'telah diterima berkhidmat sebagai opening team di Resort World Sentosa, Singapore. Selama dua tahun menimba pengalaman di situ, beliau kembali ke ibu negara dan bertugas di Kuala Lumpur Airport Services, di samping melanjutkan pelajaran secara PJJ dalam Sarjana Muda Sains Pengurusan Kulinari (Kepujian) di UiTM, Shah Alam.

Kemudian, pada 2013 Chef Oney menceburi bidang baru iaitu bidang penulisan makanan sebagai Penulis lelaki pertama di Majalah RASA terbitan Kumpulan Media Karangkraf. Di sinilah beliau mula aktif melibatkan diri dengan program media dengan membuat demonstrasi masakan untuk promosi produk-produk baru makanan oleh syarikat makanan tempatan dan antarabangsa. Selain itu, beliau turut menyumbang bakti seninya di kolum 'bersama Chef Oney' Majalah RASA dan di stesen-stesen televisyen untuk berkongsi teknik memasak di program bual bicara secara langsung seperti Selamat Pagi Malaysia dan Apa Kata Wanita TV1, Primadona dan Jaguh Kampung Astro Prima, Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini TV3 dan lain-lain lagi.

Anak didik kepada Chef Asma Nordin atau dikenali sebagai Sifu Kuih Talam ini sering menjadi rebutan pelbagai pihak penggiat industri makanan kerana kebolehannya. Berkemahiran dan berpengetahuan dalam asas nutrisi, hiasan makanan, penulisan kertas kerja, pemprosesan dan awetan makanan, sesi latihan memasak amali dan praktikal. Hasil air tangan dan kerjanya seringkali digunakan untuk siaran iklan cetak dan layar, buku asas perniagaan, pengawetan makanan secara retort dan kelas-kelas masakan. Peluang untuk berdaya saing tidak pernah disia-siakan. Selain itu, beliau juga sering dijemput oleh pihak institusi pendidikan untuk berkongsi pengalaman bersama pelapis baru dan para pelajar dalam sesi seminar atau webinar. Jadi, tidak hairanlah jika beliau acap kali mendapat perhatian dan jemputan daripada para siswazah untuk melengkapkan program mahupun tugasan subjek berkaitan, lebih-lebih lagi topik berkaitan kepatuhan Halal dan perancangan perniagaan makanan di dalam semester pengajian mereka.

Kisahnya tidak terhenti di situ, Chef Oney merupakan bekas Chief Cook di pelantar minyak syarikat tempatan iaitu CPOQ yang beroperasi di MUDA LQ Songkhla, Thailand. Berkhidmat sebagai Executive Chef di Akademi Laut Malaysia, Operation Manager di Dewina Food Industry, Executive Chef di Sri Za Healthcare & Food Services Holding dan Head Chef di Nexperia Malaysia Sdn. Bhd. juga pengasas kepada perniagaan makanan #WarungBurukbyChefOney di Muar, Johor. 'BURUK' bererti Berkat Usaha Rezeki Untuk Keluarga. Jelas menunjukkan beliau seorang yang kreatif. Perjalanan lebih sedekad lamanya pastinya berhadapan pelbagai liku, namun ianya kini boleh dibanggakan.

Beliau yang juga pakar dalam tugas sebagai Kitchen Planner menyedari kepentingan pendidikan untuk meraih ilmu yang tiada penghujung, sekali lagi melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Profesional Pentadbiran Perniagaan di CiCT, Kuala Lumpur dan Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan, California Metropolitan University, USA sepanjang pandemik secara hybrid, berjaya menamatkan pengajian pada Februari 2022. Baginya, situasi ketika itu yang agak terbatas daripada pelbagai aktiviti membuatkan dirinya mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian demi menggenggam Ijazah Kedoktoran.

Kini, Chef Oney yang ditauliahkan sebagai Eksekutif Halal JAKIM dan Profesional Pemasaran Digital terus aktif dalam bidang kulinari dan menjalankan perniagaan konsultansi dibawah syarikat miliknya, ONEY FOOD STRUCTURE RESOURCES yang diasaskan sejak 2018 lagi dengan misi untuk membantu pengusaha-pengusaha makanan mikro membina empayar mereka dengan sistem operasi yang relevan, sistematik dan mematuhi saranan serta keperluan sepertimana yang digariskan oleh pihak berwajib tempatan dan kementerian.

Pencapaian demi pencapaian oleh anak muda ini amat baik dijadikan contoh kepada generasi kini. Bergiat dalam kerjaya dan pada masa yang sama tidak berhenti untuk menimba ilmu demi memperkasa dan mencabar kemampuan diri. Semoga terus sukses dalam usaha membina legasi dan diberkati Allah s.w.t. Sekalung tahniah diucapkan. Selamat maju jaya!